Jantung seolah berdegup kencang...
"Hari ni khamis..jumaat..sabtu..ahad...tak lama lagi"
Ikut perancangan mak abah dengan kak ngah dan A.ijam(abg ipar)..Ahad ni bertolak seawal yang mungkin ke johor bharu(rumah kak ngah)dari rumah...bermalam kat sana dan keesokannya bertolak seawal yang mungkin ke mersing.
Mersing?nampaknya aku bakal menjadi sebahagian dari warganya..tanggal 12hb Februari 08 aku bakal menyandang amanah mendidik anak bangsa.Pada tarikh inilah aku diminta untuk melaporkan diri sebagai guru di SMK (Felda) Tenggaroh A,Mersing Johor.
Seminggu yang lalu...aku berusaha mencari sebanyak mungkin maklumat berkaitan sek ni...sebagai persedian mental dan fizikal lah katakan...beberapa malam jugak la bersengkang mata menghadap komputer... tapi maklumat yang ada semuanya tak cukup memuaskan hati...menambah gusar je ada lah...tambah lagi bila terjumpa laman web Pemuda UMNO..."Pemuda Turun Padang Bela Nasib 35 Guru Di Felda Tenggaroh"
Ikmal berkata pihaknya cukup terharu dengan komitmen yang telah diberikan oleh guru terbabit untuk meneruskan tugas mendidik meskipun terpaksa melalui keadaan sukar berkenaan.
"Bayangkan dengan keadaan rumah yang serba daif termasuk aspek keselamatan, mereka sanggup menghadapi segala rintangan itu demi menunaikan amanah terhadap anak-anak bangsa kita", ujarnya.
"Tenggaroh??Tu felda kan...lagi la...kawan abang ijam mengajar kat sana...teruk jugak la...babi hutan berkeliaran..."
"Ha?!"
"Ko tau kan kalu babi hutan kejar kena lari macamana?lari bengkang bengkok.."ketawa kami pecah di situ.
Bila ym dengan awe plak..dia tambah menyesakkan dadaku
"Abang ipar saya cakap sek tu terkenal..."
"Ha?sebab ape?"
"Cikgu yang mengajar kat sana confirm tak lama...hehe"
"Cheh!"
So kena tunggu tarikh 12 feb...adakah buruk khabar dari rupa?harap begitulah...
1 comment:
Assalam..adk ipar saya bakal posting d smk tenggaroh..bole whatsapp saya tak +601115251764
Post a Comment