Friday, February 8, 2008

GURU CAMNE AKU NAK JADI EK?

Aku teringat kata-kata a.ijam(abg ipar)..

"dulu ko belajar teori ape?bahaviorisme la..itu la..ini la...nanti ko dah jadi cikgu takde dah teori2 tu...ha,yang ada rotanisme..."

Padan la..dia mengajar kat sekolah camne...kalu dah pelajar sekolah tu pelajar bermasalah yang dikumpulkan dari sekolah2 lain(kiranya pelajar bermasalah dari sekolah lain dihantar ke sekolah a.ijam ni...)mana taknya guna teori rotanisme tu..

Hmm...

Pastu dia cakap first day kita masuk sekolah...kita kena bina imej yang tegas...jangan hari pertama tu nak buat lawak ke..buat bebaik ke..ha,nanti sampai akhirnyalah kena pijak kepala dengan budak2..kelas jadi susah nak kawal...budak2 tak hormat...

Huh...

"Syu,ayah Na selalu pesan...kita nak didik budak2 ni kena niat kerana Allah...bukan sebab nak kumpul duit banyak2...beli barang tu barang ni...tukar kereta dan lain2..."teringat kata-kata lembut seorang sahabat yang bertandang di rumah.

"Selalu orang cakap jadi guru ni tak untung...gaji tak besar la...dan sebagainya...tapi kan Syu,inilah satu kerja yang cukup mulia tau...bayangkan kita beri ilmu pada orang dan pahalanya tu bertambah..bila dia ajar pada orang lain...bertambah lagi kalu diajar plak pada orang lain..bertambah..bertambah..dan bertambah..bekalan sampai akhirat Syu"

Betul tu.

"Bagi Na la...budak yang bermasalah kan...kat rumah dah kena marah kena tengking..takkan kat sekolah pun kena marah jugak...kita kena cakap lembut2 dengan dia...tanya apa masalah dia,dekati dia..."

Betul jugak tu.

Guru camne aku nak jadi?!

First of all,kesimpulan yang boleh aku buat(ni pun hasil perbincangan dgn bakal2 guru) NIAT sangat2 penting..Niatlah yang akan mencorakkan siapa kita dalam karier kita sebagai guru.

Kita niat nak mendidik ke?
atau niat nak dapat gaji je ke?
atau niat..dah tak de keje lain..so jadi guru je la..
atau...senang banyak sikit cuti
atau......

Kalau niat nak mendidik kita akan act sebagai pendidik...bukan hanya berlegar disekitar buku kerja dan teks semata..bukan hanya didik intelek supaya terasah sahaja..tapi didik jiwa supaya tinggi syakhsiah...gaji?sebagai pendidik amanahnya tinggi...diamanah mengajar 40 minit...terlebih sebagai sedekah terkurang dimohon maghfirah(keampunan)..

Jiwa pendidik akan intim dengan jiwa pelajar..itu kesimpulan kami bakal guru..

Ops 'bakal' guru...mungkin tak berautoriti untuk mengungkapkannya..

Tak pelah asal ada niat di hati untuk jiwai jiwa pendidik...

Thursday, February 7, 2008

MENITI HARI BERGELAR PENDIDIK

"Aduh..kenape berdebar ni"

Jantung seolah berdegup kencang...

"Hari ni khamis..jumaat..sabtu..ahad...tak lama lagi"

Ikut perancangan mak abah dengan kak ngah dan A.ijam(abg ipar)..Ahad ni bertolak seawal yang mu
ngkin ke johor bharu(rumah kak ngah)dari rumah...bermalam kat sana dan keesokannya bertolak seawal yang mungkin ke mersing.

Mersing?nampaknya aku bakal menjadi sebahagian dari warganya..tanggal 12hb Februari 08 aku bakal menyandang amanah mendidik anak bangsa.Pada tarikh inilah aku diminta untuk melaporkan diri sebagai guru di SMK (Felda) Tenggaroh A,Mersing Johor.

Seminggu yang lalu...aku berusaha mencari sebanyak mungkin maklumat berkaitan sek ni...sebagai persedian mental dan fizikal lah katakan...beberapa malam jugak la bersengkang mata menghadap komputer... tapi maklumat yang ada semuanya tak cukup memuaskan hati...menambah gusar je ada lah...tambah lagi bila terjumpa laman web Pemuda UMNO.
.."Pemuda Turun Padang Bela Nasib 35 Guru Di Felda Tenggaroh"

"Keadaan penempatan guru terbabit yang menghadapi masalah seperti atap bocor, najis kelawar serta keadaan persekitaran yang terdedah kepada ancaman binatang liar menyebabkan kediaman yang didiami oleh lima keluarga dan 30 guru bujang berada dalam keadaan yang cukup tidak selesa.

Ikmal berkata pihaknya cukup terharu dengan komitmen yang telah diberikan oleh guru terbabit untuk meneruskan tugas mendidik meskipun terpaksa melalui keadaan sukar berkenaan.

"Bayangkan dengan keadaan rumah yang serba daif termasuk aspek keselamatan, mereka sanggup menghadapi segala rintangan itu demi menunaikan amanah terhadap anak-anak bangsa kita", ujarnya.


"Alamak...macam ni ker?Teringat waktu pertama kali aku beritahu kak ngah yang aku akan mengajar di SMK Tenggaroh...

"Tenggaroh??Tu felda kan...lagi la...kawan abang ijam mengajar kat sana...teruk jugak la...babi hutan berkeliaran..."

"Ha?!"

"Ko tau kan kalu babi hutan kejar kena lari macamana?lari bengkang bengkok.."ketawa kami pecah di situ.

Bila ym dengan awe plak..dia tambah menyesakkan dadaku

"Abang ipar saya cakap sek tu terkenal..."

"Ha?sebab ape?"

"Cikgu yang mengajar kat sana confirm tak lama...hehe"

"Cheh!"

So kena tunggu tarikh 12 feb...adakah buruk khabar dari rupa?harap begitulah...