Thursday, February 7, 2008

MENITI HARI BERGELAR PENDIDIK

"Aduh..kenape berdebar ni"

Jantung seolah berdegup kencang...

"Hari ni khamis..jumaat..sabtu..ahad...tak lama lagi"

Ikut perancangan mak abah dengan kak ngah dan A.ijam(abg ipar)..Ahad ni bertolak seawal yang mu
ngkin ke johor bharu(rumah kak ngah)dari rumah...bermalam kat sana dan keesokannya bertolak seawal yang mungkin ke mersing.

Mersing?nampaknya aku bakal menjadi sebahagian dari warganya..tanggal 12hb Februari 08 aku bakal menyandang amanah mendidik anak bangsa.Pada tarikh inilah aku diminta untuk melaporkan diri sebagai guru di SMK (Felda) Tenggaroh A,Mersing Johor.

Seminggu yang lalu...aku berusaha mencari sebanyak mungkin maklumat berkaitan sek ni...sebagai persedian mental dan fizikal lah katakan...beberapa malam jugak la bersengkang mata menghadap komputer... tapi maklumat yang ada semuanya tak cukup memuaskan hati...menambah gusar je ada lah...tambah lagi bila terjumpa laman web Pemuda UMNO.
.."Pemuda Turun Padang Bela Nasib 35 Guru Di Felda Tenggaroh"

"Keadaan penempatan guru terbabit yang menghadapi masalah seperti atap bocor, najis kelawar serta keadaan persekitaran yang terdedah kepada ancaman binatang liar menyebabkan kediaman yang didiami oleh lima keluarga dan 30 guru bujang berada dalam keadaan yang cukup tidak selesa.

Ikmal berkata pihaknya cukup terharu dengan komitmen yang telah diberikan oleh guru terbabit untuk meneruskan tugas mendidik meskipun terpaksa melalui keadaan sukar berkenaan.

"Bayangkan dengan keadaan rumah yang serba daif termasuk aspek keselamatan, mereka sanggup menghadapi segala rintangan itu demi menunaikan amanah terhadap anak-anak bangsa kita", ujarnya.


"Alamak...macam ni ker?Teringat waktu pertama kali aku beritahu kak ngah yang aku akan mengajar di SMK Tenggaroh...

"Tenggaroh??Tu felda kan...lagi la...kawan abang ijam mengajar kat sana...teruk jugak la...babi hutan berkeliaran..."

"Ha?!"

"Ko tau kan kalu babi hutan kejar kena lari macamana?lari bengkang bengkok.."ketawa kami pecah di situ.

Bila ym dengan awe plak..dia tambah menyesakkan dadaku

"Abang ipar saya cakap sek tu terkenal..."

"Ha?sebab ape?"

"Cikgu yang mengajar kat sana confirm tak lama...hehe"

"Cheh!"

So kena tunggu tarikh 12 feb...adakah buruk khabar dari rupa?harap begitulah...

1 comment:

Unknown said...

Assalam..adk ipar saya bakal posting d smk tenggaroh..bole whatsapp saya tak +601115251764